Contoh layout untuk Puan Maya. Nama kedai, gambar, harga dan ulasan di halaman ini hanya contoh.

Dibina oleh Vortechron

Sambal rumah yang buat nasi tak cukup.

Dimasak dalam kuali kecil di dapur kami, dibotolkan masa masih panas, dan dipos ke seluruh Malaysia.

  • Masak setiap Isnin dan Khamis
  • Tanpa pengawet tambahan
  • Pos dalam 2 hari bekerja

Pilih sambal anda

Semua dalam balang kaca, ditutup rapat masa panas. Tekan tambah, dan order anda dikira terus.

Nota demo: dalam website sebenar, teks dan gambar produk di bahagian ini boleh Puan tukar sendiri melalui panel admin.

Gambar contoh: Sambal Bilis Garing dalam balang kaca

Sambal Bilis Garing

250 g

Bilis digoreng rangup dulu, baru digaul dengan sambal tumis. Nasi panas dan telur mata pun dah cukup.

RM15

Gambar contoh: Sambal Hitam Pahang dalam balang kaca

Sambal Hitam Pahang

250 g

Masam, manis dan pedas. Dimasak perlahan dengan belimbing buluh sampai warnanya hitam berkilat.

RM16

Gambar contoh: Sambal Udang Kering dalam balang kaca

Sambal Udang Kering

250 g

Udang kering ditumbuk kasar, jadi rasa udang ada dalam setiap suap. Sedap dengan roti atau nasi lemak.

RM18

Gambar contoh: Serunding Daging dalam balang kaca

Serunding Daging

200 g

Daging direbus, disiat halus dan digoreng lama dengan kerisik. Budak-budak pun boleh makan.

RM20

Gambar contoh: tiga balang sambal diikat tali sebagai set hadiah

Sah sehingga 30 November 2026

Combo Tiga Rasa

Tak tahu nak pilih yang mana? Ambil tiga rasa paling laku dalam satu set. Sesuai untuk diri sendiri atau buah tangan.

  • Sambal Bilis Garing, 250 g
  • Sambal Hitam Pahang, 250 g
  • Sambal Udang Kering, 250 g

RM42 RM49

Nota demo: ini contoh offer page yang Puan sebut. Teks, gambar dan tarikh promosi boleh Puan tukar sendiri setiap bulan.

Gambar contoh: tangan mengacau sambal dalam kuali di dapur rumah

Bermula dengan satu kuali di dapur rumah.

Dapur Maya bermula bila kawan sepejabat asyik minta tumpang sambal bilis dalam bekal. Lepas itu mereka minta satu botol, kemudian satu botol untuk mak mereka pula.

Sampai hari ini kami masih masak dalam kuantiti kecil, dua kali seminggu. Cili dikisar sendiri, minyak tak dikitar semula, dan setiap botol dirasa dulu sebelum ditutup.

Maya, pemilik Dapur Maya

Cara order

  1. Pilih sambalTekan tambah pada produk yang anda mahu. Jumlah dikira terus di bahagian bawah skrin.
  2. Hantar di WhatsAppMesej order disediakan untuk anda. Tambah nama dan alamat, kemudian hantar.
  3. Bayar dan tunggu posKami sahkan jumlah, anda bayar melalui pindahan bank, dan kami pos dalam 2 hari bekerja.

Kata pelanggan

Contoh ulasan. Ulasan sebenar pelanggan Puan akan dipaparkan di sini.

Sambal hitam dia memang macam mak saya buat. Ini order kali ketiga dah.
Aina, Kuantan
Bilis dia rangup sampai ke dasar botol. Anak-anak berebut.
Hafiz, Shah Alam
Beli combo untuk buah tangan. Semua orang tanya beli kat mana.
Nurul, Johor Bahru

Soalan lazim

Sambal ni tahan berapa lama?

Botol yang belum dibuka tahan 3 bulan di tempat sejuk dan kering. Selepas dibuka, simpan dalam peti sejuk dan habiskan dalam sebulan. Guna sudu kering setiap kali ambil.

Bila order saya akan sampai?

Kami pos dalam 2 hari bekerja selepas bayaran diterima. Ke Semenanjung biasanya 2 hingga 3 hari, ke Sabah dan Sarawak 4 hingga 7 hari.

Boleh order banyak untuk kenduri atau doorgift?

Boleh. WhatsApp kami jumlah dan tarikh majlis sekurang-kurangnya dua minggu awal, supaya kami sempat masak.

Produk ini ada sijil halal?

Nota demo: letak nombor sijil halal atau status permohonan Puan di sini.

Order anda

Hantar ke
Barang
RM0
Pos
RM8
Jumlah
RM8